Friday, December 31, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Yang Terakhir 2010

Alhamdulillah. Syukur. Selesai sudah tahun 2010. Ini entry yang terakhir aku bagi tahun 2010. Semoga apa yang berlaku sepanjang tahun 2010 dapat dijadikan pengajaran dan panduan di masa-masa akan datang. :-)


Bagi aku itu je kot yang boleh menggembirakan rakyat Malaysia. Hahaha.....


SELAMAT DATANG 2011.....!!!!!

"Candid Itu Cun Laa..!"

Tengah aku berjalan-jalan di alam maya ini. Aku terserempak dengan satu contest ini lalu aku terkejut semut. Best gak contest ni. Lalu aku join dengan tak malunye... Hehehe.... 




Syarat-syaratnya ialah : 


1. terbuka pada semua blogger xkira lelaki or perempuan

2. copy the picture above and buat satu entry pasal contest nie dgn tajuk "candid itu cun laa..!" dan jgn lupa link kn ke entry ini ukei..?

3. tak payah jadi follower pown xpew... paksaan tiada kt sini.. haha

4. jgn lupa leave ur url contest in my comment form... 

5. tag 3 orang rakan blogger anda  @ lebih n ajak dorang join contest nie same2 ok....

6. put a caption kt gambar candid korang 2 yew... sikit pown xpew, bnyk pown xpew...

tarikh tutup : 10th January 2011...


Haaa...Aku yang baju biru sambil mengheret beg potato 2... Ini btol2 candid punye la....:D

Dengan ini aku tag :

PokJat
As
Duang




Jom Berkenalan....!!!!!



Pada kali ni, aku telah berhutang dengan Cikgu Jaa dah lama dah. Tapi akibat kekangan masa sebagai manusia yang terleka dengan duniawi aku terlepas pandang la pulak tag ni. Lalu tag ini didoublekan oleh PokJat untuk aku tunaikan dengan segera. Hohoho.... Tengoklah langkah-langkah kejayaan tersebut.

Cara nak join segmen ni cukup mudah..Jom tengok syarat2nya~


1) Buat Entry  bertajuk"SEGMEN  JOM BERKENALAN" ~ lulus 
2) Paste banner segmen jom berkenalan dalam entry anda(kalau nak letak kat sidebar pon takpe)..linkkan ke entry ni ~ lulus 
3) Jawab 7 soalan berikut: 



- Apakah status anda (Single,berpunya,berkahwin,bercerai)..ceritakan sedikit

Tak kahwin lagi....!!!!


- Ceritakan tentang diri anda  (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..)

Aku dilahirkan di sebuah kampung dengan berbidankan bidan tradisional di Bagan Pasir, Rungkup. Selamat dari hantu penanggal ek. Sekarang ni aku masih dok kat kampung lagi di sebuah tempat di pedalaman yang lengkap dengan segala kemudahan di Chenderong Balai. Sekarang ni baru je bersara dari IPG Kampus Sultan Mizan yang juga terletak di pedalaman. Masih belum berkahwin dan bernikah. (teruna weii). Lepas ni InsyaAllah jadi cikgu la sebab belajar pon kat maketab kan. Tak kan jadi kontraktor kot.


- Ceritakan tentang Blog anda (promosi la sikit)..

Blog yang dicipta oleh aku ni merupakan blog aku la. Bukan blog orang lain. Semua dalam ni hasil kerja aku yang tulen dan asli. Ada la beberapa tu aku copy gak dari orang mana-mana yang berkaitan dengan ilmu sebagai perkongsian kita bersama. Ccceewwwaahhh.... Apa yang terkandung dalam blog aku ni juga merupakan aktiviti aku, pendapat aku dan macam-macam lagi la. Semuanye tentang aku dan repekan aku sahaja. Maka dengan sesungguhnya, bacalah apa yang aku merepek kat dalam blog ini.
-Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Setelah lama memandang perkataan blog tu. Ternyata ia bukan blok bangunan, bukan roadblock dan juga bukan cool blog. Blog terdiri daripada perkataan B.L.O.G. iaitu Bagi La Orang Glamer (ciptaan aku sendiri), gurau je la. Dunia blog ni merupakan medium untuk orang meluahkan pendapat, idea dan juga gaya penulisan kreatif seseorang itu. So, ikut dia lah nak taip apa pon kat sini selagi tidak mengingkari batas-batas norma masyarakat sekeliling.


- Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..

Blog ini bagus untuk kesihatan mental anda dari anda pendam dan tak tau tempat mana anda nak merepek. Medan ini juga anda boleh kongsi-kongsi cerita, pendapat dan idea bernas. Nak buat duit pon boleh gak...:D 
- Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
Pertama sekali nama blog aku ~Suakah Ikam Batakun~. Majoriti tak tau pe maksudnye kan. Ini adalah dari bahasa Banjar. Ngeh3... Lagi satu aku ni gila Chelsea...!!! Hahaha... Lantak la Chelsea menang ke kalah ke, dok dalam liga no. brapa pon. Aku tetap sokong Chelsea gak... 


- Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?

Selagi hayat dikandung badan, selagi internet dibayar tiap-tiap bulan, selagi masih ada jari, selagi mata tidak buta, selagi tidak gila, selagi line internet ada, selagi ada idea, selagi ada isu, selagi dan lagi-lagi. Impian aku dalam dunia blog ini ialah impian yang sangat besar. Begitulah impian aku dalam dunia blog ini. Sekian.....:)


4)Tagged 4 orang rakan blogger anda(jangan lupa ingatkan dorang!)..

1) Reen Azreen
2) Duan Lang
3) Nur Sania
4) Amoy
Thursday, December 30, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Sudah Berakhir Piala AFF

Setelah berakhirnya Piala AFF Suzuki. Pelbagai reaksi yang dapat kita lihat dari penyokong-penyokong tempatan. Hahaha.... Ada yang selama ni memang anti bola tetibe je minat bola. Mana-mana pompuan yang selama ni menyampah bila laki @ pakwe diorang tengok bola, dan2 aje minat kat bola. Ntah pahape punye perangai. Kah3.... Selama ni player Malaysia diorang tak kenal, tetibe je kenal. Tapi diorang tak kenal pulak player macam Kunalan, Gurusamy, Safiq Rahim, Amirulhadi, Sabree Abu, Chanthuru, dan ada la 2 3 orang lagi. Ada diorang nak pandang. Idak nye kome kan. Hahaha...


Tahniah Malaysia.....:)


Orang sepak penalti tak masuk jadi player terbaik kejohanan....???

Hasil dari Kejohanan Piala AFF Suzuki ialah :

1) Semakin ramai penyokong bola sepak
2) Semakin ramai mendapat title "Datuk"
3) Ramai nak kan pakwe player bola terutamanya berebutkan Fahmi...kah3....
4) Tak kesah menemankan suami @ pakwe tengok bola
5) Pujian-pujian mencurah-curah
6) Surat khabar siap ada ruangan khas untuk bola tempatan sahaja
7) Maybe tak akan ada player import tahun depan
8) Status-status di FB dan entry di blog kebanyakkannya tulis pasal bola (termasuk aku) dalam masa seminggu setengah paling kurang.
9) Orang-orang indon tros senyap...!!!!
10) Blog dan FB awek Khairul Fahmi terus menjadi pilihan ramai.....hahaha.... 


Wednesday, December 29, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Suka @ Berduka...???

90 minit sebelum sepak mula perlawanan akhir Piala AFF Suzuki. Perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia. Perlawanan pertama dimenangi pasukan Malaysia 3-0 dan perlawanan kedua akan berlangsung sebentar sahaja lagi. Aku sebagai anak jati Malaysia tanah tumpah darahku mengharapkan kemenangan bergaya ke atas Indonesia malam ini. Yyeeaahh.... Vote for Malaysia.....!!!!!!!!!



Bukan pasukan ini yang dihantar ye tuan-tuan dan puan-puan......


Tetapi pasukan ini.....

Anda semua adalah harapan bangsa.......!!!!!!
Tuesday, December 28, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi
Sunday, December 26, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Masih Belum Tamat....!!!!

Ketika ini dan pada masa entry ini diterbitkan. Kebanyakkan post dalam Facebook dan Blog banyak membicarakan tentang kemenangan Malaysia ke atas Indonesia 3-0. Pelbagai ucapan diterbitkan antaranya :-

* Tahniah Malaysia
* Gud Job
* Terbaek...!!
* Saya sayang Malaysia
(banyak lagi la...hahaha...)

Cuba kalo Malaysia kalah macam hari tu. Sumpah seranah semua keluar. Ada yang sebut "barang" sendiri lagi..... Ooppsss..... Ada jugak yang siap tak mau tengok lagi pon ada jugak. Apa punye perangai da.... Hahaha....

Ini adalah pendapat aku sendiri. Bukan untuk mencipta kontroversi @ berlagak sebagai selebriti. Bagi aku sebagai penyokong seharusnya bersikap profesional. Kalah menang itu adat main. Sokong tetap sokong. Sebab kalau kita sokong tanpa berbelah bahagi itu merupakan satu motivasi dan menunjukkan kita ini tidak bersikap "LALANG". Bukan hanya tahu memuji bila menang dan tahu mengkritik bila kalah.

Apa pun buat pemain Malaysia. Perjuangan anda belum selesai. Anda semua masih ada 180 minit lagi waktu permainan. Apa pun boleh terjadi. Main pon kat Indonesia. Buat penyokong tempatan juga. Teruskan sokongan anda. Walaupun apa yang terjadi. Sokong tetap sokong.....!!!! Tunjukkan sikap profesional sebagai peminat sukan dan buang sikap buruk dalam diri sendiri.......Maaf kalau ada yang terasa....:)

Mana-mana yang tak tengok perlawanan tadi. Boleh la tengok kat sini ye....:)

Saturday, December 25, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Bakat Terpendam

Masa foundition dulu. Aku da ambik kos Seni @ PSV. Sebelum ini ne la aku penah melukis ke hapa ke. Tapi dah masuk maktab ni tetiba je kene melukis. Hahaha.... Aku pon tak tau la apa yang aku lukiskan. Ada satu program tu kitorang kene pergi melukis kat Pantai Bisikan Bayu. Kene lukis pandangan kat situ. So, layankan aje la....:)

Masa ni semua kurus-kurus lagi....


Gaya seorang profesional..... Tengok betul2 lukisan aku tu.... Hahaha....



 Lebih posing lagi dari melukis....



Monday, December 20, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Wajarkah Perkara Ini Dibiarkan......???



Aku x tau nak kata apa bila pengakuan ini dibuat......Adakah dia tak fikir dengan keadaan dirinya yang tidak serupa manusia itu...??? Tolonglah hentikan kegiatan ini.... Dunia semakin mendekati kiamat, tetapi insan ini lagi menggalakkan maksiat yang songsang... WTF...!!! Anda semua tengok dan dengarkanlah dengan teliti setiap bait-bait tutur kata lahanat ini dan nilaikanlah sendiri..... Mereka disokong oleh --->> SEKSUALITI MERDEKA

Sumber ini diperoleh dari seorang sahabat ini....
Sunday, December 19, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Dendam Mesti Dibalas....!!!!

Setiap orang ada dendam yang tersendiri. Tetapi dalam Islam sebenarnya kita tidak baik berdendam. Kalo ada kesalahan sebaiknya dimaafkan saja. Tapi dalam situasi kali ini DENDAM MESTI DIBALAS....!!!!!!

Situasi apakah itu...???

Ni cerita bola la. Hahaha.... Pada kali ini pasukan Malaysia berjaya melayakkan diri ke peringkat final selepas mengalahkan pasukan Vietnam dengan kelebihan jaringan 2-0. Semasa perlawanan di Kuala Lumpur, Malaysia menang 2-0 dan semasa perlawanan di Hanoi, hanya terikat 0-0. Perlawanan tu pon Malaysia yang asik kene serang saja. Adakah ini JAGUH KAMPUNG...???

Final nanti, Malaysia vs Indonesia. Sebelum ini Malaysia kalah 5-1 dalam peringkat kumpulan tetapi bertemu kembali pada peringkat final yang dijalankan di Kuala Lumpur dan Jakarta. Harap Malaysia dapat menang pada kedua-dua perlawanan supaya tidak dicop sebagai "JAGUH KAMPUNG".....



KEJOR YOB KEJOR....!!!!
Saturday, December 18, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Dr. Rosmah Jadi Artis


Hebatkan dia....Suara pon sedap...:)

Koir

Aku pernah join koir dulu... Hihihi.... Pada masa itu, kelas aku dikenali sebagai BMA telah bergabung dengan BMB untuk mempersembahkan koir dalam setiap aktiviti di maktab. Best gak koir ni walaupon penat. Paling tak dapat dilupakan kami mempersembahkan koir semasa konvo KDPM last batch di hadapan Sultan Terengganu pada masa itu, Sultan Mizan bersama Permaisuri Nur Zahirah. 





Hanya yang memiliki suara yang sedap sahaja layak memasuki koir ini.... Hahahaha....
Friday, December 17, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

SK Pos Brooke...!!!

Projek pertama aku di IPG ialah menerokai penduduk orang asli di jajahan Gua Musang, Kelamtam.... Tempat tu bernama Pos Brooke berdekatan dengan Cameron Highland dan jauh sedikit dari bandar Gua Musang. Best doh tempat ni. Hahaha... Tapi tempat ni dah tak serupa macam ni dah disebabkan oleh penerokaan hutan yang berleluasa. Kami pergi dua unit @ kelas. Dulu dikenali sebagai BMA dan BMB. BMA sekarang dah jadi Pengajian Sosial manakala BMB jadi Pendidikan Jasmani. Kami memang rapat gila la sampai sekarang.... Hahaha.....


Sebelum bertolak


Tempat penginapan kami di SK Pos Brooke. Sekolah tepi jalan saja.....


Bersama kakitangan SK Pos Brooke





Aktiviti bersama kanak-kanak "Original"


Sebelum berangkat ke perkampungan orang asli


Arwah En. Jusoh @ Tok Batin (sebelah kiri) dalam kenangan. Beliau merupakan salah sorang pensyarah JKS dan orang kuat projek ini selain Hj. Din yang merupakan Ketua Jabatan Kajian Sosial pada masa itu (sekarang Timbalan Pengarah IPG-KSM). 

al-Fatihah buat beliau...................

Wednesday, December 15, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Tahniah Malaysia

Tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya mengalahkan pasukan Vietnam pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Bukit Jalil dengan kemenangan 2-0. Gol Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali...:)

Result Terakhir Di IPG

Result sudah keluar. Semua lulus. Aku pon lulus gak. Tapi pointer turun.... Waaaa.................. Sebenarnya tak berapa kesah pon sebab lulus pon kira ok gak. Keluar kerja nanti gaji sama je. Tak ada elaun tambahan sebab pointer tinggi (alasan penyedap hati). Result ini aku rase sesuai la jugak kat aku sebab aku bukannye rajin study pon. Orang study aku main game (padan muka). Bikin tesis bagos-bagos pon tetap sama gak kan.... Kih3....:p


Tahniah kepada semua PISMP Jan 2007 yang telah berjaya menghabiskan sisa-sisa hidup remaja anda di IPG dan bertukar status menjadi guru....!!!!!

Malaysia vs Vietnam


Perlawanan Piala AFF separuh akhir pertama berlangsung malam ini di Stadium Bukit Jalal....eh2..Bukit Jalil....:) Diharapkan pasukan Harimau Malaya mempersembahkan permainan kreatif dan menarik dan seterusnya menang bergaya sebagai bekal untuk bermain ni Vietnam nanti. Jangan ulangi permainan seperti menentang Indonesia ari tu. Ntah pahape punye permainan. Macam U-12 jerk....Huh...!!! Ape pon Kejor Yob Kejor....!!!!
GOOD LUCK MALAYSIA.....!!!!!
Tuesday, December 14, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Kenapa Begini....!!!!

Sejak akhir-akhir ini, team favourite aku Chelsea semakin merosot prestasinya. Kalau diorang menang pon sekadar menang tipis. Kebanyakkannya hanya seri atau kalah. Menda ini semua berlaku selepas pemecatan Ray Willkins iaitu penolong jurulatih kepada Carlo Ancelotti.



Harap selepas ini Carlo Ancelotti dapat membuat sesuatu untuk meningkatkan prestasi Chelsea.....
Monday, December 13, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Fifa Manager 11

Game Fifa Manager keluaran EA Sport ni bagi aku memang terbaik. Aku main game Fifa Manager ni dari tahun 2004 lagi. Sekarang dah 2010. Maknanya memang lama la kan aku main game ni. Ada la kira-kira dah 6 tahun. Game ni boleh meningkatkan skill dalam bidang kejurulatihan. Wahh... Leh jadi macam Carlo Ancelotti dah.... Kih3...

Setiap tahun game ini membuat peningkatan dari segi grafik, pemain, coach, strategi, saham dan sebagainya. Tapi yang terkini, macam ada konflik sedikit sebab terdapat dua keluaran. 1 klon dan 1 lagi yang sebenar. Yang ada dipasaran ni adalah yang klon punye. Player die macam anak patung barbie @ babi. Hahaha....Memang sakit ati la bila main. Habis RM12 hangus..... Aku try download. Mana tau bagus ke tak. Sekali boleh tahan la. Memang berbaloi. Hahaha....


Macam ni la lebih kurang yang klonnye...


Yang ni yang sebenar.....
Sunday, December 12, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Belum tercemar

BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun.

BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun.
KUALA LUMPUR: Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000.
Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. 
Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum ‘tercemar’ dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.

‘Trend’ yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak.

Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.

“Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.

“Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar.

“Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham,” katanya.

Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.

“Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.

“Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.

“Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’ kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.

“Tak perlu ‘dating’ kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami,” katanya.

Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana.

Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.

Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.

“Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya.

“Ada yang ‘sangkut’ sehingga bergelar suami isteri,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar.

“Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu.

“Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri,” katanya.

Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga.

“Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.

“Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.

“Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.

“Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal,” katanya.

*** Hahaha.....Kalau macam ni la kan. Kene cari kat Maghribi la nampak gayanyakan....:p Jauh tu........Hihihi....

Saturday, December 11, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Mulut Manusia Memang Tidak Boleh Ditutup

Bacalah cerita dibawah ini, semoga ia memberi kita pengajaran dan kesedaran bersama......

Tersebutlah suatu kisah, mengembaralah Luqman Al-Hakim bersama anaknya berkenderaankan seekor keldai tua. Mulanya mereka masuk ke sebuah perkampungan. Masa itu Luqman menunggang keldai dan anaknya berjalan membawa keldai itu. Maka berkatalah orang-orang kampung tentang kejamnya seorang ayah yang membiarkan anaknya berjalan, sedangkan dia yang lebih tua senang-lenang di atas keldai. Mendengarkan kata-kata itu, Luqman berasa tidak selesa, dia pun bertukar dengan anaknya, anaknya pula yang menaiki keldai. Masuklah mereka ke kampung yang kedua.


Di kampung yang kedua ini, kedengaran pula kejian orang-orang kampung terhadap mereka berdua. Mereka mengejek anaknya dengan mengatakan apalah teruknya seorang anak yang membiarkan ayahnya yang tua dan tidak larat berjalan, sedangkan dia yang muda dan bertenaga menaiki keldai. Mendengarkan kata-kata itu, Luqman berasa tidak senang hati. Dia pun menukar pula,kali ini kedua-dua dia dan anaknya duduk di atas keldai. Masuklah mereka ke kampung yang ketiga.

Di kampung ini, Luqman dan anaknya sekali lagi di ejek. Orang-orang kampung yang melihat mereka mengatakan bahawa alangkah tidak berperikemanusiaannya ayah dan anak itu kerana bertindak zalim terhadap seekor keldai yang sudah tua dan uzur. Mendengarkan kata-kata itu, Luqman berasa sedih. Dia pun menukarkan supaya dia dan anaknya berjalan di bawah membawa keldai tersebut. Perjalanan diteruskan, masuklah mereka berdua ke kampung yang keempat.

Di kampung itu, berkata-kata pula orang-orang kampung tentang bodoh dan tidak berakalnya kedua-dua orang itu yang mempunyai tunggangan tetapi tidak digunakan sebaiknya. Tersenyumlah Luqman Al-Hakim dan berkatalah dia kepada anaknya, "Wahai anakku, walau bagaimana betul pun kita, orang sekeliling tetap akan ada yang mengutuk dan mengata. Sesungguhnya lidah manusia itu lebih tajam dari sebilah pedang yang dapat membunuh. Ingatlah anakku, selagi mana perkara yang kita buat itu tidak bertentangan dengan aturan Allah SWT dan Rasul-Nya, janganlah kita terlalu mengambil endah kata-kata orang yang mengeji, kerana keredhaan mereka bukan yang kita cari, tetapi keredhaan Tuhan dan Rasul-Nya jua."

Ingatan ini untuk diri ini supaya selalu beringat bahawasanya sebanyak mana orang yang suka dan sanjung diri ini, sebanyak itulah juga orang yang benci dan irihati dengan diri ini.


*** Berdasarkan apa yang terkandung dalam cerita ini. Dapat disimpulkan bahawa segala apa yang kita lakukan bukan semuanya dapat memuaskan hati semua pihak. Oleh itu, bersabarlah dengan segala apa bentuk dugaan, kutukan dan kritikan. Kerana yang bercakap tentang diri kita itu belum tentu dirinya lengkap dalam segenap segi. :)



Award Dari Pokjat (1)

Ni award dari Pokjat. Dia bagi tiga sekali gus tapi aku tak mau wat 1 entry aje. Suka aku la nak wat 1 award 1 entry.... Hahahaha.......

1. berikan pendapat tentang blog si pemberi award~
Nama die ni Pokjat. Kurus keding tapi skang dah katang....Wakaka...

2.sayang saya ke tak?
Sayang....(marah lia)....:p

3. siapa geng blogger yang paling rapat dengan korang?
Asmad, Pokjat, Jai, Kiko, Jaa

4. sila tag kepada 3 org blogger utk award ini.
Aku tak mau tag 3 sebab nanti diorang iri hati.....Ambik je jangan segan-segan ye....Hihihi....

Award Dari Pokjat (2)


1. makanan febret korang apa?
Segala bentuk nasi goreng

2. sapa yang korang sayang?
Aku sayang kat orang yang sayang aku.....:D

3.beri kepada blogger yang baik hati.
Sesiapa yang rasa die baik hati, ambik la award ni....:)

Award Dari Pokjat (3)


1. adakah kamu seorang yang manja?
manjalara ke..??


2.bilakah kamu bergelar blogger?
taun ni gak....2010...fresh ag.....hehe...

3.ucapan utk pemberi award
Bila kau marah muka kau merah....wakakaka....(aku teringat masa aku praktikum sekali dengan ko yang mana ko marah budak nama pa ntah....kelako gila muka ko) jangan marah ea...:p


4. tag kepada 5 orang
Ni pon tak mau 5 tapi nak semua ambik.....:) (pemurah btol aku, pada hal tak tau nak bagi sapa)
Friday, December 10, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!


Syarat-syaratnya:

1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog, warganegara dan mempunyai alamat di Malaysia.

2. Buat entry di blog korang mengenai giveaway ni dengan tajuk: Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay! 

3. Jadi follower blog "Mama Kembar 3" DAN "Itsy Bitsy Secrets".

4. Copy & letak gambar banner giveaway ni di entry dan sidebar blog korang beserta link nya.

5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join giveaway ni & maklumkan pada diorang yer.

6. Tinggalkan url link entry and ID follower korang di ruangan komen post ini.

7. Hadiah berupa barangan Victoria's Secret & Telekung Travel ditaja oleh Itsy Bitsy Secrets ~ WAJIB sebut tentang hadiah ni dalam entry korang yer.

8.  Tarikh tutup: 6 Januari 2011

** Aku dijemput oleh untuk menyertai contest ni oleh mama ni sendiri. Haha.... So sesapa dengan kuasa yang aku ada. Aku mengetag Noorasmad, Pokjat n Jaa @ Helena untuk menyertai contest ni... Join ea...!!!
Thursday, December 9, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Ular Lagi...!!!!

Ini kali kedua aku buat entry pasal ular. Ntah kenapa cuti kali ni aku jumpa ular je. Hahaha.... Jodoh kot. Mintak jaoh la jodoh dengan ular. Bukan boleh wat awek pon..... Wakaka... Kali ini aku cuma terserempak je dengan ular. Masa aku bakar sampah, ular tu keluar seekor. Ala, nama apa ntah. Samad kot nama ular tu. Eh2, pa dia ular nama Samad. Gilerr.... Habis bakar tu, baru aku perasan ada seekor ular lidi sudah terbakar macam satay pulak.... Kih3....I'm sorry ea....:p

Perkara ular-ular ni mengingatkan aku masa kanak-kanak dulu. Masa aku darjah 5 kalau tak silap la. Masa tu baru setahun atuk belah abah aku meninggal dunia. Keluarga belah abah aku ni buat kenduri tahlil @ arwah kat kampung. Kami sepupu sepapat suka sangatlah bila berkumpul ramai-ramai ni. Bukan ada rasa nak tolong ke, apa ke. Tau nak main jerk. Pagi-pagi lagi kami pergi kat parit sebab nak angkat pukat yang kami tahan semalam. Konon nak tengok ikan la dapat banyak mana. Sekali apa yang kami dapat ialah seekor ular sawa batik yang warna kuning tu. Albino kot ular tu sebab garangnya lain macam walaupon die kenyang. Hahaha.... Kami tak kira, terus belah-belah ular tu. Kejam tak masa budak-budak. (ular terperangkap, boleh la...:p)


Ular Sawa Albino

Dalam hari yang sama waktu tengah hari pulak, aku bersama sepupu aku pergi ke kebun cari durian. Tengah menebas rumput-rumput, ular tedung pulak jatuh dari pokok. Apa lagi, kami lari balik terus la dengan parang pon terbang ntah ke mana. Hahaha.... Takut punye pasal kan......


Tedung Selar

Petang pas Asar tu, kami pergi lagi ke parit depan rumah tu. Ingat nak menggagau (tangkap ikan guna tangan) ikan. Masa tu air parit cetek je. Ada la paras lutut. Ikan haruan, keli, sepat, puyu banyak giler masa tu. Tengah sedap-sedap menggagau ikan, sorang sepupu aku nampak lubang. Selalu ikan dalam lubang ni belut je selalu lepak. Die pon dengan selamber pergi seluk dalam lubang tu. Masa seluk tu, die kene gigit dengan ular tanah la pulak. Nasib baik ular tu tak ada bisa. Kalo tak, arwah la sorang. Hahahaha....Melompat naek kami semua....


Ular Tanah

Kesimpulannya, dalam satu hari tu, kami jumpa 3 jenis ular yang berbeza. Bahaya pulak tu. Aku rasa inilah padahnya orang buat kenduri tapi kami main-main. Hahahaha......Geli aku dengan ular nih....:p


Kerja Masa Cuti

Masa cuti ni aku x da la buat apa sangat. Cuma banyak tolong mak aku wat keje rumah jadi macam suri rumah je. Masak, kemas rumah dan sepahkan rumah. Hahahaha.....Aku da gak wat takwim sekolah. Tak posting lagi dah wat takwim untuk sekolah. Hebat gilerr...(puji diri sendiri...hihi)....Selain tu, keje aku mengecat umah, grill dan benda-benda yang boleh dicatlah.....



Inilah salah satu kerja aku kat rumah....:)

Holiday...!!!

Cuti kali ni aku berjalan-jalan p Kedah. Tujuan utama pergi kenduri member aku kawin. Senior aku nama Faris @ Rider. Aku ikut Din dan Nisa p sana. Diorang ni pon 1st time datang rumah aku. Tempat penginapan utama di rumah Yumni. Hahaha.... Kami sampai waktu petang dan menginap kat situ. Rumah kenduri tu kat Kuala Nerang. Ada la 2 jam perjalanan dari Sungai Petani. Bis kenduri tu, kami ronda-ronda la kat Alor Setar. P tengok wayang cita "Aku Tak Bodoh" dengan Din, Nisa, Yum dan Amy...:)


Cite ni aku bagi 3 binatang je....!!! Not bad la....hahaha....

Esok nye kami jalan-jalan lagi. Pusing Kedah p Pantai Merdeka, Tanjung Dawai, pusing Sungai Petani, main boling.....Hahaha....




 Naik bot p Tanjung Dawai dari Pantai Merdeka....

 





Chelsea Forever...!!!

Chelsea Forever...!!!