Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Sunday, January 23, 2011 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Raja Lawak Kali Ni Memang Best....Hehehe....

Bukan senang tau nak buat lawak... Korang ingat senang ke nak buat lawak... Silap-silap macam orang bodoh je nanti... Sapa nak kan.. Aku sekarang ni gian gila tengok raja lawak... Bukan macam tahun lepas... Tak best la... Tahun ni memang best... Kih3... Tengok tu, dah tergelak dah aku... Hohoho... Episod pertama dah kelakar dah.... Sekali tengok episod kedua... Kelakar gak... Haha... Aku download siap die nye segmen pencarian bakat tu... Rugi tak tengok tau..... :D




Ni Nazmi... Orang Sungai Besar... Cite dalam episod pertama dia lah yang paling best sekali..... :D




Episod kedua, kumpulan adik beradik R2 yang paling best.... Orang gila yang best.....:D


Kalau korang nak tau, bila berlawak mesti kene pikir banyak benda.... Bukan maen buat lawak macam tu je... Silap-silap korang makan penyepak kot... Hahaha... Ce tengok bawah ni... Ajaran dari sifu.... (Buku APO?).....:-

1)  Jangan buat lawak slapstik iaitu dengan mengetuk kepala orang lebih-lebih lagi orang yang korang tak kenal untuk nampak kelakar sebab itu bukan kelakar namanya tapi kasi hati terbakar.

2)  Lawak yang berkualiti ialah lawak yang kurang penggunaan bahasa kesat sebab tak semua orang suka lawak yang mencarut-carut serta lucah.

3)  Jangan buat lawak depan mayat dalam acara memandikan mayat kerana dikhuatiri korang pulak yang akan bertukar menjadi mayat nanti.

4)  Salah satu lawak yang paling digemari ramai ialah lawak mengutuk seseorang. Memang lawak bagi orang lain tetapi biawak bagi orang yang kene kutuk tu.

5)  Membuat lawak sambil ketawa sorang-sorang adalah perkara paling hensem pernah korang buat sekiranya korang adalah pesakit mental. 

Haaa....korang tengok tu... Ingat senang ke nak buat lawak... Mesti menjaga sensitiviti masyarakat gak... Baru-baru ni Zizan nak buat lawak tapi tersasul kot tersalah sebut nama bapak orang.... Adooii... Bahaya tu... Marah pakcik tu dengar... Siap tulis kat twitter die lagi... Ini dah kurang ajo ni maen nama bapak orang... Hohoho... Silap gaya kene santau ko baru tau.... Kih3....
Thursday, January 20, 2011 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Perjalanan Hidup = Kenduri

Assalamualaikum.......:)

Jawab je...wajib tu...hoho...

Cite ari ni pasal hidup. Ramai orang kata hidup ni ibarat roda. Kadang-kadang kita berada di atas dan kadang-kadang kita berada di bawah. Kenapa itu terjadi. 2 sebab.... Pertama ialah takdir dan yang kedua ialah sebab diri kita sendiri....


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Ra'd : ayat 11)

Oleh itu kita sebagai hambaNya tidak boleh hanya berserah kepada takdir sahaja...:-) 

Perjalanan hidup kita ni boleh juga diterjemahkan dengan kenduri... Hehehe... Sebab apa aku kata macam ni... Mungkin sebab aku suka makan... Hahaha... Gurau je.... Dalam masyarakat kita ni banyak sangat kenduri... Seolah-olah kenduri ni seperti aturan hidup kita... Kebanyakkannya mengikut adat masyarakat.... Tak salah nak buat kenduri sebab itu merupakan salah satu jalan sedekah...:-)

1)
Pada masa bayi dalam perut @ fetus (pendek katanya) ada orang melakukan majlis lenggang perut... Hehehe..

2) 
Selepas kelahiran anak, majlis cukur jambul pon dilakukan... Semua mesti penah kene ni... Tak kira laki ke pompuan...:D

3)
Bila kanak-kanak sudah semakin meningkat usia... Mereka dikhatankan @ JAWI @ potong... Bukan potong  semua pon....Kalo tak, abis la... Hahaha... (Hanya untuk lelaki sahaja)

4)
Selepas itu, lelaki dan perempuan pon disatukan dalam majlis kenduri kahwin.....:)

5)
Kenduri doa selamat selalunya diadakan setelah mendapat sebarang ganjaran @ kebaikan sebagai tanda kesyukuran.....

6)

Kenduri tahlil sebagai petanda kita sudah berakhir di dunia ini....Huhu...

Kesimpulannya, apa yang aku nak cakap kat sini... Kitaran hidup kita ini boleh juga diterjemahkan kepada kenduri yang dilaksanakan di dalam masyarakat kita... Begitu singkat sekali kehidupan kita di dunia ini kan... Sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujungnya....

Segala salah silap mohon ampun ye kawan-kawan.... Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan... 

* Semua gambar ni adalah tujuan hiasan sahaja... Tiada kaitan antara hidup dan mati... Thanks google coz sudi sponser gambar ni ye.... Hehehe....







Tuesday, January 18, 2011 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Wwwooiii Babi....!!!!

"Ko prangai macam babi la".


"Eee...macam kandang babi la tempat ko ni"


"Jangan mencarut cakap babi boleh tak...!!"


"Mak, mak....tadi abang cakap babi kat adik" si abang terus kene pelempang.....PPAAANGG...~!!! (nampak bintang kejora terus)


"Mana babi tu pegi..??" (da gak orang nak cari babi)


Macam-macam lagi la yang berkaitan dengan babi. Asal menda buruk je dikaitkan dengan babi. Aku bukan nak bekap babi la tapi aku tak paham...!!!! hahaha.... Kenapa babi tu dipersalahkan...????



Menatang haram ni lek je korang kutuk-kutuk die....Hahaha...

Yang aku tak paham betoi skang ni. Kenapa orang Melayu sangat sensitif bila sebut perkataan BABI sedangkan itu perkataan tulen Melayu selain padi, amuk dan 1 ag aku dah lupa... Huhuhu.... Dimana dikatakan cintailah bahasa kita...?? Lebih sopan disebut sebagai KHINZIR @ PIG.... Pig 2 pon sensitip gak la skit-skit.... Hohoho... 

Nak menghalalkan cara untuk menyebut perkataan babi ini ialah :-

1) membabi buta = kenapa tak tukar mengkhinzir buta...??

2) siput babi = siput khinzir

3) gila babi = gila khinzir

4) sawan babi = sawan khinzir

Tu je la aku bagi ayat yang femes ek.. kenapa semua tu tak tukar jadi khinzir je... Hohoho... 

Adakah menyebut babi itu mendapat dosa dan mencarut...??? 

Adakah menyebut perkataan babi itu juga kene samak...??? 

Ok, kita kembali ke tajuk asal pulak. Babi dan anjing ni sama je seangkatan. Dua-dua sama je haram nye baik dari segi makan, sentuhan, jejak basah dan juga taik nya. Najis berat nih... Cuma bezanya babi ni dihina dan anjing disanjung. 

Kenapa aku cakap macam tu..??

1) Babi ni sampai orang nak sebut pon dah dikatakan mencarut sedangkan sebut anjing lek je. Siap da jenama-jenama lagi anjing tu...

2) Babi dibela oleh orang bukan Islam tapi anjing ada dibela oleh orang Islam..

3) Babi tak dibawak memburu dan menjaga rumah tapi anjing boleh buat menda-menda tu... (kenapa tak ganti angsa je...?? menatang tu bleh jaga rumah gak pe)

4) Sapa bela babi dicaci tapi bela anjing lek je orang tu....

5) Babi tak boleh bawak jalan-jalan sesuka ati tapi anjing boleh...

Tapi persamaan menatang haram ni ialah dua-dua HARAM DI SISI AGAMA ISLAM...!!! (kalo pegang dalam keadaan yang kering tak perlu disamak. Kalo was-was @ ragu-ragu, wajib samak)

Yang aku hairan sangat skang ni... Kenapa bila orang pegang babi ni dicaci dah diherdik sedangkan orang berjudi dan minum arak tu tak pulak dicaci... Malah makhluk-makhluk ni seolah-olah dipuji dengan perbuatannya itu.... Kenapa ye...??  


Maybe awek cun ni siap posing dengan babi tercinta kot... Sebab tu orang marah... Hohoho... 

Pegang babi ni boleh samak tapi minum arak dan hasil judi jadi darah daging.... Camne kita nak samak daging  dan darah kita tu ye...??? Guna dialisis ker...???


Tengok ni.... Kira babi ni macam 1001 guna la kan... Menyaingi fungsi pokok kelapa tu... Hahaha...

Ok...cara menyamak najis mughallazah @ najis babi dan anjing dan juga seangkatan dengannya...

  1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
  2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
  3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.
Merujuk kepada Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2004-2007 Hukum Melakukan Samak terhadap Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat adalah dibolehkan (Muzakarah ke 76 pada 21-23 November 2006) ianya seperti yang tercatat dalam teks keputusan berikut:
"Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak." (Wikipidea).

Akhir kata....segala apa yang aku terbitkan ni sekadar ilmu untuk kita kongsi bersama... Aku terima segala kritikan da apa yang anda semua nak komen dengan ati terbuka.... Mintak maap kalo ada salah silap atau pon terguris perasaan ke kan.... Besa la manusia biasa memang ada buat silap.... Aku pon bukan syumul....:-)

Monday, January 17, 2011 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Ejen Yahudi Mana Ntah Sabotaj Aku...!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtela... Eh2 macam mana boleh pelat nih... Ish, terikut cakap David Teo la nih... Hoho.. Sebelum nak marah-marah tak tentu pasal ni, aku nak minum dulu.....
....
...
...........
...............
.......................

Alhamdulillah.... Tak jadi marah kot sebab dah kenyang... Tak pe la... Nak cite gak.. Gini, semalam PC @ komputer super aku telah di'hack' kot oleh yahudi  mana ntah... Aku tak tau sapa sebab tau-tau PC ni tetibe jer restart dan kuar macam-macam virus... Banyak gak la... Baru 32 je.. Hehe.. Menatang tu terdiri daripada En. Trojan, Mek Malware dan juga adik Worms... Dan ada la menda-menda lain yang turut serta... Huhu...

Sebelum ni aku dapat kesan gak satu kedatangan parasit bernama Dr. Watson... Beliau telah memakan space hardisk aku sebanyak 80.3G... Waauuu banyak gilerr kan.... Aku jumpa die kat alamat ni... :-

C:\Documents and Settings\All Users\Application Data\Dr Watson\3gjd6l

Aku pon dengan selamber delete la menatang 2... Dalam seminggu lepas tu, tetiba datang la macam-macam virus ntah mana import nye menyerang.... Aku guna Avira Premium... Tak maen la free-free nih.... (blagak btol) hahaha... Tapi tak berjaya dan semua program tak detect langsung... Tenet tak lek connect (kene eja dlm BI sebab kalo eja dalam BM laen lak korang pk nanti) langsung...

Kuar la pulak promotion anti virus system tools.... Siap suruh beli online ag... Aku ne la da duit masa-masa gini dalam bank... Ishh... Serabut gilerr masa tu, memula wat dulu repair windows... Ingat ok dah lepas buat tu, rupanya tak jadi jugak...

Last choice, FORMAT....!!! Bekap suma fail, pastu format tanpa balas kesian... Lepas tu aku terus keluar beli anti virus Kaspersky pulak... Dah 4 tahun aku guna Kapersky, ingat nak tukar la pulak kat Avira... Rupanya tak jadi gak... Inilah akibat curang kan.... Sob3... Terpaksa aku rujuk semula dengan Kapersky....

Kapersky ni bagos gilerr.. (bagi aku la, korang tak tau la pulak kan)... Sebabnya sepanjang aku guna 5 tahun,  dengan PC tak pernah nak off dan on 34 jam, online skali la tu... Games yang melambak dan hardisk 1 Tera...(mak aih)... Tak pernah wat hal lagi la....:) (promote la pulak...hihi...)

Ni ranking antivirus ikut kajian aku :-

1) Bit Defender

Ni antivirus paling hebat la sebab bila dia jumpa je banyak sangat virus dalam PC @ lappy korang... Dia akan buatkan korang nye PC @ lappy tak boleh bukak terus... Lepas tu apa lagi... FORMAT JE LA...!!!! Hahaha....

2) Kaspersky



Ni pulak Kaspersky... Terbaek bagi aku sebab aku guna menda ni lama dah... Hanya RM65 for 1 user & 1 PC (tulis je gitu, pepandai korang la nak meramaikannya)... Memang sesuai untuk semua peringkat umur dan segenap bangsa dan pelusuk negeri... Gunakan tanpa was-was... 

3) Avira (payung merah)



Avira ni better guna yang premium sebab kalo free yang selalu da download dalam tenet tu die juz scan je dan  tak buang pon virus korang tu... Kelemahan die ni, kalo virus banyak sangat dan kuat macam makcik Malware tu, die tak boleh nak layan sangat dan die akan hanyut sekali gak... Terjadi kat aku la ni... Haha... Padan muka aku....

Ok.... antivirus yang lain-lain tu macam Panda, AVG, Spyware, Nortan, Avast, McAfee, ThreatFire, ESET etc tu kan... Ok gak cuma tak berapa kuat sangat la... Aku cuma suggest pe yang aku guna selama ni je... Apa pon... Memang berbaloi...:) Setahun sekali apa salahnya melabur kan.... Untuk kesayangan kite gak... Hahahaha... 





Thursday, January 13, 2011 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

1 Malaysia Sudah Runsing

Sebelum tu aku nak sapu-sapu sikit sampah-sampah, lap-lap habuk dalam blog aku ni. Maklumlah kan lama sangat kot x jenguk sini. Hehehe.... Mana tak nye.. Bz je manjang, se'bizi' masyarakat sekeliling melihat kesenangan orang lain. Hahaha.... Mana la nak tengok buah ati aku ni....:p 


Memula sekali nak tanya korang sihat tak. Kalo tak sihat tu ujian namanya. Tak pon kifarah dosa. Waahh.Cam ustaz la pulak. Kah3.... 


Korang ingat aku saja-saja ke wat entry macam ni. Ada ceritanya. Menda ini berlaku pada diri aku dan tak mustahil pada yang seangkatan dengan aku yang masuk IPG. IPG da tawarkan kursus baru yang membolehkan pelajarnya buat degree pendidikan. Memang sangat terbaek dan aku suka masuk IPG. Hohoho... Disebabkan kos ini baru ditubuhkan, ramai yang tak tau pada mulanya.


Situasi 1


~~Lepas SPM~~


Sorang bapak budak A bertanya kepada bapak budak B lagi. 


"Anak ko masuk blaja mana?"


"Anak aku blaja kat maktab perguruan" dengan bangga B menjawab.


"Maktab je??" Sambil mencebik muka.


Dalam ati B nak je debik muka orang tua tu. 


"Anak ko tu masuk Universenti aku tak kecoh pon. Sebok nak peleceh anak orang." slow je B berkata.


Sabo je kata bapak budak B tu.


Situasi 2


~~Tengah Belajar 1~~


"Kamu bila habis nye?"


"5 tahun setengah pakcik."


"Belajar apa lama sangat tu".


"Belajar nak jadi orang berguna"


"Ooooo"


~~Tengah Belajar 2~~


"Anak pakcik dah abis belajar dah, kamu bila lagi?"


Nak je insan ni jawab. "Anak pakcik tu takat sijil je, saya degree" Lalu die jawab macam ni "Saya belajar menda lain pakcik"


"Eh2, bukan sama ke?"


"Bukan!" tegas jawapan tu.


~~Tengah Belajar 3~~


"Kamu slalu sangat cuti ni kenapa?"


"Iye la makcik, cuti saya sama macam cuti sekolah." 


Brapa kali ntah nak cakap menda sama tiap kali jumpa. Padahal tiap kali selisih tanya menda yang sama.


~~Tengah Belajar 4~~


"Lama beno kamu belajar, kamu kene repeat ke?"


Lancang sungguh mulut makcik ni. Nak tempah nisan kot. Nasib baek anak lawa. Senyum je la jawabnya.


~~Tengah Belajar 5~~


"Btol ke kamu yang nak jadi cikgu tu?"


Penat nye bagi tau orang-orang nih. Nak kata nyanyuk tak lagi. Umo baru sekitar 40-50. Sabo je la. 


Situasi 3


~~Habis Belajar 1~~


"Bila kamu nak habis belajar nye ni?"


"NI DAH HABIS LA NI"


~~Habis Belajar 2~~


"Posting mana?"


"Belom tau lagi"


"Mesti kene repeat kan, sebab tu tak tau lagi kat mana."


Ni lagi sorang nak tempah nisan kot. 


~~Habis Belajar 3~~


"Posting mana?"


Tanya menda ni lagi.


"Tak tau."


Last-last dijawab macam ni kepada makhluk-makhluk tersebut.


- Diorang suruh rehat selepas bis belajar
- Ni sem 9 la ni. Subjek menganggur.
- Nak mengenal masyarakat dulu baru leh posting. (agak sopan jawapan ni)
- Kerajaan tak da duit (agak kasar jawapan ni) (terpaksa beb, senyap tak tanya dah lepas bagi jawapan ni)


Apa yang terkandung dalam cite di atas bukanlah untuk memperlekeh @ merendahkan martabat seseorang. Tetapi semua itu jawapan terpaksa bagi orang-orang yang tak paham bahasa. Mintak maaf sekiranya ada yang terasa sebab ini semua terpaksa dan kita ambik secara profesional. Oleh itu, bagi yang masih belajar tak kiralah dimana anda belajar. Anda pasti akan melalui detik begini. Kalau cakna dan peka dengan sekeliling la kan. Kalo terperuk je kat rumah, tak join masyarakat tak rasa la macam ni. Hahahaha.....


Kesimpulannya, diorang suma ni memang "caring" kat kita tau tak. Cuma kita je tak sedar betapa "caring"nya diorang kat kita nih. Sukanya aku duduk kat masyarakat yang macam ni. Bersyukur sangat-sangat...!!!! :-) Sesapa yang mengalami seperti situasi di atas, hargailah ia kerana ia begitu bermakna. (muntah hijau)
Saturday, January 1, 2011 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Tahun 2011 Dan Bakal Hasil Karyanya

Dengan lafaz


kita dah masuk ke tahun 2011.


Sepanjang aku hidup, sudah 69 kali aku menyambut tahun baru. Banyak kan. Haha... Umur aku baru je 23 tahun tapi sudah 69 kali aku menyambut tahun baru. Antaranya ialah Maal Hijrah, Tahun Baru Masihi dan Tahun Baru Cina (kalender Cina). 

Diharapkan pada sambutan tahun baru kali ini, bilangan populasi penduduk Malaysia tidak akan bertambah secara haram dan mendadak seperti tahun-tahun sebelum ini. Sebabnya tiap kali sambutan tahun baru, hasilnya akan terbit 9 bulan akan datang. Kalau awal pon 8 bulan akan datang la. 


Tengok tu statistik taun lepas. Selangor dan Johor menjuarai carta. Tapi aku rasa negeri tu kat atas sebab ramai gak orang luar yang datang melancong kat situ. Tak pasti dari mana datangnya. 

Selalunya hasil-hasil karya ini ditinggalkan begitu sahaja.


Tengah sedap-sedap teran nak berak. Terkeluar taik besar. Hasil karya yang cantik. Waahh....:D


Yang ni plak tengah berlari kot. Habis tercicir hasil karya mereka. Cuba korang teka. Lelaki ke perempuan...???

Zalim sungguh manusia sekarang. Buat sedap. Dah dapat hasil buang rata-rata.


Agaknya kene ada tempat khas macam ni baru la tak bersepah-sepah kot hasil karya haram diorang tu. 


Oleh itu sedarlah wahai rakyat jelata Malaysia sekalian. Sesungguhnya bayi-bayi hasil karya anda tidak bersalah, yang bersalah anda yang membuatnya secara haram. Mereka tidak berdosa. 

Jangan biarkan mereka menjadi mangsa kezaliman anda......!!!!!



Thursday, December 30, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Sudah Berakhir Piala AFF

Setelah berakhirnya Piala AFF Suzuki. Pelbagai reaksi yang dapat kita lihat dari penyokong-penyokong tempatan. Hahaha.... Ada yang selama ni memang anti bola tetibe je minat bola. Mana-mana pompuan yang selama ni menyampah bila laki @ pakwe diorang tengok bola, dan2 aje minat kat bola. Ntah pahape punye perangai. Kah3.... Selama ni player Malaysia diorang tak kenal, tetibe je kenal. Tapi diorang tak kenal pulak player macam Kunalan, Gurusamy, Safiq Rahim, Amirulhadi, Sabree Abu, Chanthuru, dan ada la 2 3 orang lagi. Ada diorang nak pandang. Idak nye kome kan. Hahaha...


Tahniah Malaysia.....:)


Orang sepak penalti tak masuk jadi player terbaik kejohanan....???

Hasil dari Kejohanan Piala AFF Suzuki ialah :

1) Semakin ramai penyokong bola sepak
2) Semakin ramai mendapat title "Datuk"
3) Ramai nak kan pakwe player bola terutamanya berebutkan Fahmi...kah3....
4) Tak kesah menemankan suami @ pakwe tengok bola
5) Pujian-pujian mencurah-curah
6) Surat khabar siap ada ruangan khas untuk bola tempatan sahaja
7) Maybe tak akan ada player import tahun depan
8) Status-status di FB dan entry di blog kebanyakkannya tulis pasal bola (termasuk aku) dalam masa seminggu setengah paling kurang.
9) Orang-orang indon tros senyap...!!!!
10) Blog dan FB awek Khairul Fahmi terus menjadi pilihan ramai.....hahaha.... 


Sunday, December 26, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Masih Belum Tamat....!!!!

Ketika ini dan pada masa entry ini diterbitkan. Kebanyakkan post dalam Facebook dan Blog banyak membicarakan tentang kemenangan Malaysia ke atas Indonesia 3-0. Pelbagai ucapan diterbitkan antaranya :-

* Tahniah Malaysia
* Gud Job
* Terbaek...!!
* Saya sayang Malaysia
(banyak lagi la...hahaha...)

Cuba kalo Malaysia kalah macam hari tu. Sumpah seranah semua keluar. Ada yang sebut "barang" sendiri lagi..... Ooppsss..... Ada jugak yang siap tak mau tengok lagi pon ada jugak. Apa punye perangai da.... Hahaha....

Ini adalah pendapat aku sendiri. Bukan untuk mencipta kontroversi @ berlagak sebagai selebriti. Bagi aku sebagai penyokong seharusnya bersikap profesional. Kalah menang itu adat main. Sokong tetap sokong. Sebab kalau kita sokong tanpa berbelah bahagi itu merupakan satu motivasi dan menunjukkan kita ini tidak bersikap "LALANG". Bukan hanya tahu memuji bila menang dan tahu mengkritik bila kalah.

Apa pun buat pemain Malaysia. Perjuangan anda belum selesai. Anda semua masih ada 180 minit lagi waktu permainan. Apa pun boleh terjadi. Main pon kat Indonesia. Buat penyokong tempatan juga. Teruskan sokongan anda. Walaupun apa yang terjadi. Sokong tetap sokong.....!!!! Tunjukkan sikap profesional sebagai peminat sukan dan buang sikap buruk dalam diri sendiri.......Maaf kalau ada yang terasa....:)

Mana-mana yang tak tengok perlawanan tadi. Boleh la tengok kat sini ye....:)

Wednesday, December 8, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Satu Pembaharuan

Hari ini, pagi-pagi lagi aku sudah mendapat 1 kejutan. Apa yang membuat aku terkejut tu..??? Selama ni aku dok umah membuat takwin sekolah dan jadual waktu. (tolong abah je). Pagi tadi bapak aku bagi 1 lagi perubahan yang dilakukan oleh kerajaan. Semua ini berkaitan dengan mata pelajaran....Apa dia..????


Masa Mata Pelajaran yang Ditambah


Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris / English


** Kesian cikgu BM dan BI


Masa Mata Pelajaran yang Dikurangkan


Matematik
Sains


** Best la diorang


Mata Pelajaran yang Hilang


Kajian Tempatan
Pendidikan Sivik Kewarganegaraan
Kemahiran Hidup


** Sia-sia la pe yang aku belajar di IPG....hahahaha....(terima dengan rela hati)


Mata Pelajaran Dunia


Sains  -->> Dunia Sains Teknologi
Muzik -->> Dunia Muzik
Pendidikan Seni Visual -->> Dunia Seni Visual


** Semua berkaitan dengan hiburan dunia......


Ura-ura Mata Pelajaran Akan Diperkenalkan


Sejarah
Pendidikan Seks


** Cabaran kepada semua guru....


Kesimpulannya : Apa pon yang terjadi, aku sebagai guru langsung tak gentar dengan sebarang perubahan ini. Perubahan merangkumi silibus baru. Hahaha....Sekarang ni guna KSSR, bukan lagi KBSR.....Berpeganglah kepada "Teacher Is Everything"
Saturday, December 4, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Apa Itu JELES, CEMBURU, SAKIT HATI, KEDEKUT dan EGOIS

Thanks kepada Aini, Asmad dan PokJat sebab tag dan nak mintak pendapat aku mengenai JELES, CEMBURU, SAKIT HATI, KEDEKUT dan EGOIS. Kat sini akan aku cuba jelaskan satu per satu apa makna disebalik perkataan itu berdasarkan kepada pengalaman dan pendapat aku sendiri.

JELES + CEMBURU

JELES ini Bahasa Inggeris yang telah diMELAYUkan. Berasal dari perkataan JEALOUS. Sesuka hati je kan nak MELAYU kan bahasa orang ikut sedap mulut. Hahaha... CEMBURU pulak sama la dengan JELES iaitu yang bermaksud berasa dengki @ tidak berasa puas hati dengan kelebihan yang ada pada orang lain. Cemburu ni terbahagi kepada 2 iaitu secara baik dan secara jahat. 

Secara baik ini cemburu yang akan mendorong seseorang individu itu untuk mempertingkatkan daya kreativiti dan keinginannya untuk terus maju berdasarkan cemburunya beliau dengan kejayaan orang lain. Sebagai contoh, die melihat Bill Gates yang berjaya menjadi orang paling kaya di dunia dengan membuat bisnes komputer. Lalu die pon berasa cemburu dan ingin berjaya seperti Bill Gates dan situasi ini telah mendorong beliau untuk memulakan bisnes juga seperti bisnes roti bakar contohnya.

Manakala cemburu secara jahat pula dengan cara ini. Setelah melihat kawannya berjaya dalam bisnes roti bakar tersebut, die pon mula merancang niat jahat untuk menjatuhkan bisnes kawannya itu. Perkara khianat pon muncul dalam diri untuk menjatuhkan bisnes kawannya seperti memulakan permainan-permainan khurafat seperti jumpa bomoh pakai jin. Ini secara halus kalau orang yang pakai bomoh nih. Kalo khianat secara kasar pulak, bukak bisnes yang sama di sebelah kedai, tabur fitnah seperti menabur makanan ayam, mengadu domba sesuka hati dan sebagainya.

Kesimpulannya, JELES + CEMBURU ini ada kebaikan dan keburukannya. Memang sifat manusia ada semua ini. Kalau tak ada tu, tak normallah seseorang itu. Binatang dan orang gila pon ada sifat macam ini. So, terpulanglah masing-masing untuk menentukan dan mengendalikan sifat-sifat ini. Hehehe....




SAKIT HATI

Sakit hati ini diistilahkan kepada 2 perkara. Pertama hati yang dijangkiti kuman @ virus. Kedua, sakit hati memberi makna kepada iri hati dalam diri terhadap kejayaan orang lain. Sakit hati ini juga berlaku atas diri sendiri dalam 2 perkara @ situasi. 

Pertama, kenapa die tak pasal-pasal nak sakit hati dengan orang lain sedangkan die boleh mencapai kejayaan tu jugak. Perkara ini sama juga dalam situasi yang aku ceritakan di atas yang mana orang macam ini tidak akan senang dengan melihat kejayaan orang lain. Dia akan mencari jalan untuk menjatuhkan seseorang yang dia dengki itu. Inilah penyakit hati yang paling teruk sekali. 

Kedua, dia sakit hati dengan orang yang membuatkan dia sakit hati. Ni kira mangsa keadaan la ni. Dia diganggu dan mengalami sakit hati dengan perangai orang yang buat pasal dengan dia. Sebagai contoh situasi, si X makhluk meminjam duit dari si Y sambil menggunakan ayat-ayat manis. Setelah si X mendapat apa yang dikehendakinya, dia pon buat-buat lupa dengan hutang yang dibuat. Sampai masa si Y datang menuntut hutangnya, si X lari dengan memberikan macam-macam alasan. Lalu si Y pun sakit hati. Haaa....g2 la datangnya sakit hati. Si Y jadi mangsa..... Kesian..................




KEDEKUT

Kedekut ni lain pulak gayanya. Lahanat ag perangainya. Hahaha.... Ramai je orang kedekut kat dunia nih. Kedekut ni bagi aku macam ni. Dia ada barang tapi masih lagi mintak barang yang dia ada dari orang lain. Sebagai contoh, si X ada rokok tapi die masih mengePAW rokok dari kawannya. 

Situasi lain pulak, macam ni. Elaun sama banyak tetapi dia masih lagi menumpang makan dibilik orang lain dengan sesuka hati dia je. WTF...!!! Kalau sikit boleh konsider lagi tapi ni makan mengalahkan tuan punye tanah. Apa hal beb..!!! Orang macam ni selalunya bila kita mintak tolong. Sangat susah die nak bagi pertolongan terutamanya dari segi bab duit. Dia akan tolong sekiranya perkara itu melibatkan kepentingan dirinya sahaja. Selalunya dia akan meminta pembalasan di atas perkara yang ditolongnya dahulu. Kalau tak dapat apa yang dia nak, dia akan ungkit kembali perkara yang dia lakukan pada suatu ketika dahulu. 

Tapi aku yakin sangat-sangat orang Malaysia ni tak kedekut dan mereka sangat pemurah. Kalau korang tak percaya, korang menyamarlah jadi peminta sedekah kat KL tu, terutamanya kat tempat tumpuan kat Bukit Bintang contohnya. Sehari korang tadah tangan je kan, RM100.00 pasti dalam tangan. Aku tak pernah buat tapi ni berdasarkan kajian dari wartawan la...Ngeh3.......




EGOIS

Ego ini juga terbahagi kepada 2. Satu skuter Ego keluaran Yamaha dan satu lagi berkaitan dengan sifat manusia. Apa yang aku nak tekankan disini bukanlah skuter Ego tu sebab skuter tu tak bersalah dalam hal ni. Tetapi ego yang nak diceritakan disini ialah yang berkaitan dengan sifat manusia.

Ego dalam erti kata lain ialah sombong dan tinggi diri. Berasa tidak mahu kalah dalam sesuatu situasi. Berasa diri itu sentiasa berada di pihak yang benar sahaja @ syumul. Rasa diri itu tidak bersalah dan yang penting sekali rasa macam Malaikat. Teruk betul perangai. Hahaha.... Orang semua tidak boleh tegur dia. Kalau tegur gak, akan mengguris perasaan, mula marah dan mula la tak bertegur sapa selepas tu. Payah gak kan orang ego ni. 

Ego ini lahir dalam diri sendiri. Kadang-kadang ego ini perlu dalam beberapa situasi seperti antara guru dan murid @ majikan dengan pekerja yang mana guru @ majikan tidak boleh menunjukkan kelemahan yang terlampau ketara kepada murid @ orang bawahan. Ini penting dalam sesebuah organisasi yang mana sekiranya ego itu tiada dan sentiasa di'kondem' oleh murid @ orang bawahan, ia akan menyebabkan keruntuhan @ kemunduran organisasi tersebut. Seboleh-bolehnya wujudkan perbincangan dalam sebarang situasi. 

Ego yang tak baik pula ialah ego untuk memiliki sesuatu perkara. Aku bagi contoh yang senang la sebagai seorang remaja la kan. Hahaha... Jika kita inginkan sesuatu kita tidak perlu ego untuk menyatakannya. Sebagai contoh, kita nak kat orang itu tetapi kita rasa ego untuk menegur dan menyatakan keinginan hati kita. Sampai bila-bila pon dia tidak akan tahu sehinggalah dia lepas pada orang lain. Masa tu barulah reti menyesalkan...:p



Apa yang aku tuliskan adalah berdasarkan pendapat dan pengalaman aku sendiri. So, korang boleh fikir-fikirkan dan boleh kritik dan memberi pendapat untuk kita semua kongsi bersama-sama....:)
Sunday, November 28, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Buat Malu Jerk

Kat mana-mana mesti kita akan lihat sebarang pergaduhan, tak kiralah dalam bentuk apa pun bermula dari perang mulut, lepas tu mula la naik tangan dan disusuli juga dengan kaki. Pergaduhan selalunya akibat perselisihan faham atau ada perkara yang menyebabakan ketidakpuashatian (tol ke eja gitu) dalam sesuatu perkara. Maka terbitlah pergaduhan.

Semua orang pernah melihat dan mengalami pergaduhan. Tak kira la dia orang Melayu ke, Cina ke, India ke dan kaum lain-lain ke. Semua pernah bergaduh. Tipu sangat la die tak pernah bergaduh. Bergaduh ni terbahagi kepada dua, 1 secara baik dan 1 ag secara kasar. Cara baik ni bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu pendapat manakala secara kasar ni tau nak pukul je...Hahahaha.....

Tapi yang paling memalukan kalau sesama bangsa tu bergaduh sampai nak berbunuh-bunuh. Tak tau la bangsa mana kan. Sapa terasa 2 terasa la. Aku malas nak sebut. Apa salahnya duduk berbincang sama-sama selesaikan apa yang tak puas ati tu. Lagi satu kalo laki bini bergaduh, habis macam nak pecah rumah dengar nya. Masa tu la kita nak tengok UFO pon kan....Hihihi....Kalau nak bergaduh dok dalam rumah sambil volume sederhana tak apa tapi ni bergaduh dah la kat luar, sound system pulak ngalahkan kenduri kawin punye sound system tu. Sama je macam pasangan di bawah ni bergaduh. Tengok la...........

Chelsea Forever...!!!

Chelsea Forever...!!!