Wednesday, December 8, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Satu Pembaharuan

Hari ini, pagi-pagi lagi aku sudah mendapat 1 kejutan. Apa yang membuat aku terkejut tu..??? Selama ni aku dok umah membuat takwin sekolah dan jadual waktu. (tolong abah je). Pagi tadi bapak aku bagi 1 lagi perubahan yang dilakukan oleh kerajaan. Semua ini berkaitan dengan mata pelajaran....Apa dia..????


Masa Mata Pelajaran yang Ditambah


Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris / English


** Kesian cikgu BM dan BI


Masa Mata Pelajaran yang Dikurangkan


Matematik
Sains


** Best la diorang


Mata Pelajaran yang Hilang


Kajian Tempatan
Pendidikan Sivik Kewarganegaraan
Kemahiran Hidup


** Sia-sia la pe yang aku belajar di IPG....hahahaha....(terima dengan rela hati)


Mata Pelajaran Dunia


Sains  -->> Dunia Sains Teknologi
Muzik -->> Dunia Muzik
Pendidikan Seni Visual -->> Dunia Seni Visual


** Semua berkaitan dengan hiburan dunia......


Ura-ura Mata Pelajaran Akan Diperkenalkan


Sejarah
Pendidikan Seks


** Cabaran kepada semua guru....


Kesimpulannya : Apa pon yang terjadi, aku sebagai guru langsung tak gentar dengan sebarang perubahan ini. Perubahan merangkumi silibus baru. Hahaha....Sekarang ni guna KSSR, bukan lagi KBSR.....Berpeganglah kepada "Teacher Is Everything"
Tuesday, December 7, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Tahun Baru 1432 H



Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi Dan Umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah
Atas Keyakinan Dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta Dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman
Selamat Menyambut Maal Hijrah. Semoga kita sama-sama membuat perubahan dan penghijrahan diri dari segi JERIS iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.....
Saturday, December 4, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Apa Itu JELES, CEMBURU, SAKIT HATI, KEDEKUT dan EGOIS

Thanks kepada Aini, Asmad dan PokJat sebab tag dan nak mintak pendapat aku mengenai JELES, CEMBURU, SAKIT HATI, KEDEKUT dan EGOIS. Kat sini akan aku cuba jelaskan satu per satu apa makna disebalik perkataan itu berdasarkan kepada pengalaman dan pendapat aku sendiri.

JELES + CEMBURU

JELES ini Bahasa Inggeris yang telah diMELAYUkan. Berasal dari perkataan JEALOUS. Sesuka hati je kan nak MELAYU kan bahasa orang ikut sedap mulut. Hahaha... CEMBURU pulak sama la dengan JELES iaitu yang bermaksud berasa dengki @ tidak berasa puas hati dengan kelebihan yang ada pada orang lain. Cemburu ni terbahagi kepada 2 iaitu secara baik dan secara jahat. 

Secara baik ini cemburu yang akan mendorong seseorang individu itu untuk mempertingkatkan daya kreativiti dan keinginannya untuk terus maju berdasarkan cemburunya beliau dengan kejayaan orang lain. Sebagai contoh, die melihat Bill Gates yang berjaya menjadi orang paling kaya di dunia dengan membuat bisnes komputer. Lalu die pon berasa cemburu dan ingin berjaya seperti Bill Gates dan situasi ini telah mendorong beliau untuk memulakan bisnes juga seperti bisnes roti bakar contohnya.

Manakala cemburu secara jahat pula dengan cara ini. Setelah melihat kawannya berjaya dalam bisnes roti bakar tersebut, die pon mula merancang niat jahat untuk menjatuhkan bisnes kawannya itu. Perkara khianat pon muncul dalam diri untuk menjatuhkan bisnes kawannya seperti memulakan permainan-permainan khurafat seperti jumpa bomoh pakai jin. Ini secara halus kalau orang yang pakai bomoh nih. Kalo khianat secara kasar pulak, bukak bisnes yang sama di sebelah kedai, tabur fitnah seperti menabur makanan ayam, mengadu domba sesuka hati dan sebagainya.

Kesimpulannya, JELES + CEMBURU ini ada kebaikan dan keburukannya. Memang sifat manusia ada semua ini. Kalau tak ada tu, tak normallah seseorang itu. Binatang dan orang gila pon ada sifat macam ini. So, terpulanglah masing-masing untuk menentukan dan mengendalikan sifat-sifat ini. Hehehe....




SAKIT HATI

Sakit hati ini diistilahkan kepada 2 perkara. Pertama hati yang dijangkiti kuman @ virus. Kedua, sakit hati memberi makna kepada iri hati dalam diri terhadap kejayaan orang lain. Sakit hati ini juga berlaku atas diri sendiri dalam 2 perkara @ situasi. 

Pertama, kenapa die tak pasal-pasal nak sakit hati dengan orang lain sedangkan die boleh mencapai kejayaan tu jugak. Perkara ini sama juga dalam situasi yang aku ceritakan di atas yang mana orang macam ini tidak akan senang dengan melihat kejayaan orang lain. Dia akan mencari jalan untuk menjatuhkan seseorang yang dia dengki itu. Inilah penyakit hati yang paling teruk sekali. 

Kedua, dia sakit hati dengan orang yang membuatkan dia sakit hati. Ni kira mangsa keadaan la ni. Dia diganggu dan mengalami sakit hati dengan perangai orang yang buat pasal dengan dia. Sebagai contoh situasi, si X makhluk meminjam duit dari si Y sambil menggunakan ayat-ayat manis. Setelah si X mendapat apa yang dikehendakinya, dia pon buat-buat lupa dengan hutang yang dibuat. Sampai masa si Y datang menuntut hutangnya, si X lari dengan memberikan macam-macam alasan. Lalu si Y pun sakit hati. Haaa....g2 la datangnya sakit hati. Si Y jadi mangsa..... Kesian..................




KEDEKUT

Kedekut ni lain pulak gayanya. Lahanat ag perangainya. Hahaha.... Ramai je orang kedekut kat dunia nih. Kedekut ni bagi aku macam ni. Dia ada barang tapi masih lagi mintak barang yang dia ada dari orang lain. Sebagai contoh, si X ada rokok tapi die masih mengePAW rokok dari kawannya. 

Situasi lain pulak, macam ni. Elaun sama banyak tetapi dia masih lagi menumpang makan dibilik orang lain dengan sesuka hati dia je. WTF...!!! Kalau sikit boleh konsider lagi tapi ni makan mengalahkan tuan punye tanah. Apa hal beb..!!! Orang macam ni selalunya bila kita mintak tolong. Sangat susah die nak bagi pertolongan terutamanya dari segi bab duit. Dia akan tolong sekiranya perkara itu melibatkan kepentingan dirinya sahaja. Selalunya dia akan meminta pembalasan di atas perkara yang ditolongnya dahulu. Kalau tak dapat apa yang dia nak, dia akan ungkit kembali perkara yang dia lakukan pada suatu ketika dahulu. 

Tapi aku yakin sangat-sangat orang Malaysia ni tak kedekut dan mereka sangat pemurah. Kalau korang tak percaya, korang menyamarlah jadi peminta sedekah kat KL tu, terutamanya kat tempat tumpuan kat Bukit Bintang contohnya. Sehari korang tadah tangan je kan, RM100.00 pasti dalam tangan. Aku tak pernah buat tapi ni berdasarkan kajian dari wartawan la...Ngeh3.......




EGOIS

Ego ini juga terbahagi kepada 2. Satu skuter Ego keluaran Yamaha dan satu lagi berkaitan dengan sifat manusia. Apa yang aku nak tekankan disini bukanlah skuter Ego tu sebab skuter tu tak bersalah dalam hal ni. Tetapi ego yang nak diceritakan disini ialah yang berkaitan dengan sifat manusia.

Ego dalam erti kata lain ialah sombong dan tinggi diri. Berasa tidak mahu kalah dalam sesuatu situasi. Berasa diri itu sentiasa berada di pihak yang benar sahaja @ syumul. Rasa diri itu tidak bersalah dan yang penting sekali rasa macam Malaikat. Teruk betul perangai. Hahaha.... Orang semua tidak boleh tegur dia. Kalau tegur gak, akan mengguris perasaan, mula marah dan mula la tak bertegur sapa selepas tu. Payah gak kan orang ego ni. 

Ego ini lahir dalam diri sendiri. Kadang-kadang ego ini perlu dalam beberapa situasi seperti antara guru dan murid @ majikan dengan pekerja yang mana guru @ majikan tidak boleh menunjukkan kelemahan yang terlampau ketara kepada murid @ orang bawahan. Ini penting dalam sesebuah organisasi yang mana sekiranya ego itu tiada dan sentiasa di'kondem' oleh murid @ orang bawahan, ia akan menyebabkan keruntuhan @ kemunduran organisasi tersebut. Seboleh-bolehnya wujudkan perbincangan dalam sebarang situasi. 

Ego yang tak baik pula ialah ego untuk memiliki sesuatu perkara. Aku bagi contoh yang senang la sebagai seorang remaja la kan. Hahaha... Jika kita inginkan sesuatu kita tidak perlu ego untuk menyatakannya. Sebagai contoh, kita nak kat orang itu tetapi kita rasa ego untuk menegur dan menyatakan keinginan hati kita. Sampai bila-bila pon dia tidak akan tahu sehinggalah dia lepas pada orang lain. Masa tu barulah reti menyesalkan...:p



Apa yang aku tuliskan adalah berdasarkan pendapat dan pengalaman aku sendiri. So, korang boleh fikir-fikirkan dan boleh kritik dan memberi pendapat untuk kita semua kongsi bersama-sama....:)
Friday, December 3, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Tahniah Russia dan Qatar


Baru-baru ini, undian untuk menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia bagi tahun 2018 dan 2022 telah dijalankan. Bagi undian untuk tuan rumah Piala Dunia tahun 2018 jatuh kepada Russia. Russia diberi tentangan sengit oleh England, Sepanyol / Portugal dan Belanda /  Belgium.



Bandaraya Moscow

TAHNIAH RUSSIA YANG MENJADI TUAN RUMAH PIALA DUNIA 2018..!!!

Bagi undian untuk tuan rumah Piala Dunia 2022 pula dimenangi oleh Qatar. Turut membida untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 ialah Amerika Syarikat, Australia, Korea Selatan dan Jepun. 



Salah satu bandaraya di Qatar

TAHNIAH QATAR YANG MENJADI TUAN RUMAH PIALA DUNIA 2022....!!!

Kedua-dua negara ini merupakan kali pertama menjadi tuan rumah Piala Dunia. Russia pernah menjadi tuan rumah tetapi atas nama Soviet Union tapi kali ini atas nama Russia. Kira kali pertama la tu.... Hahaha... Bagi tahun 2014, Brazil yang menjadi tuan rumah.



Suasana malam di Brazil.....

Agak-agak bila Malaysia nak jadi tuan rumah Piala Dunia ye...?? Dapat la tiket free masuk Piala Dunia.... Hahaha.....:)
Thursday, December 2, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Ular Itu Mengganas

Semalam masa aku tengah siap-siap nak p masjid. Time tu waktu Zohor, tengah sedap-sedap lepak pakai baju tu, bapak aku panggil kuat-kuat. Terkezut den......Apa la panggil orang kuat-kuat nih. Dengan segera sepantas The Flash aku pergi kat abah aku. 

Awat..?? Cam nak gaduh je...?? Hahaha...

Tu ha ular tedung tu.....Lekas pukul kasi mampus.....

Aku dah la geli dengan ular, cicak, katak, bewak @ biawak nih.... Lepas tu dah la tak berapa nak reti keje-keje pukul ular nih.... iisshh.... Mane la nak cari buluh waktu-waktu gini. Last-last aku terpikir ada penyapu rotan berbatangkan buluh. Ok gak guna menda tu. Pukul sekali terus tegak lalu kembang kepala die, siap ngadap aku sambil sembur bisa lagi. Ah sudah, tumpo kome kalo die patuk. Cuak beb...Tipu la kalo tak cuak... Hahaha..... Tawakal je la. Pukul lagi sekali, terus kioq.... Alhamdulillah... Kih3..... Masuk ni, dah 5 ekor ular masuk kawasan rumah aku. Semua ular tedung la sebab ular lain setakat ni hanya lalu kat luar je. 



p/s : Tapi orang-orang tua cakap ular tedung ni selalu berpasangan. Berjaga-jagalah aku ye...... Aku da gak pengalaman jumpa 3 ekor ular yang berlainan dalam masa 1 hari...Akan diceritakan nanti.....

Pemain Baru Perak FC



Perak akan berwajah baru pada musim 2011 ini dengan kedatangan 4 orang pemain baru. Antaranya ialah Muhd Shaman Zainuddin, Harizul Izwan Abd Rani, Mohd Syafiq Jamal dan Shahrulnizam Mustapha. 2 pemain seperti Harizul Izwan dan Shahrulnizam pernah bermain di Perak suatu ketika tetapi mereka kembali selepas berkelana di negeri orang. Ganggang telefon pulang ke telefon la kononnya. Hahaha..... 


Apa Sudah Terjadi

Malam tadi perlawanan antara Indonesia vs Malaysia dalam AFF Suzuki Cup. Dulu dikenali sebagai Tiger Cup tapi sudah ditukar kepada Suzuki Cup sebab Tiger tu jenama salah satu arak. Berbalik kepada cerita asal. Perlawanan ini bagi aku merupakan suatu perlawanan yang menyakitkan hati. Sebelum ini, aku merasakan Malaysia boleh menang dengan Indonesia. Kalau kalah pon takat 2-1. Tapi kali ini sangat teruk. Semua gol Indonesia dijaringkan atas kesalahan barisan pertahanan negara. Kenapa semua ini terjadi..???

Ia sangat berbeza dengan gaya permainan yang ditunjukkan dalam Kejohanan Sukan Asia yang lalu yang mana pasukan negara boleh bersaing dengan Jepun dan Iran. (dengan China kita kalah sebab pemain China ramai sangat). Dengan ini, aku harap K.Rajagopal dapat ubah strategi untuk menentang Thailand nanti sebab Laos pon boleh seri 2-2 dengan Thailand. Tak kan Malaysia nak kene belasah lagi kot. Kata harimau...Come on la......Laos pasukan belasahan pon boleh seri dengan Thailand, tak kan Malaysia nak kene belasah lagi kot....huhuhu.......

Award...!!!


Dapat Award 2010 dari Dyna....Thanks ea...:)

Chelsea Forever...!!!

Chelsea Forever...!!!