Thanks kepada Aini, Asmad dan PokJat sebab tag dan nak mintak pendapat aku mengenai JELES, CEMBURU, SAKIT HATI, KEDEKUT dan EGOIS. Kat sini akan aku cuba jelaskan satu per satu apa makna disebalik perkataan itu berdasarkan kepada pengalaman dan pendapat aku sendiri.
JELES + CEMBURU
JELES ini Bahasa Inggeris yang telah diMELAYUkan. Berasal dari perkataan JEALOUS. Sesuka hati je kan nak MELAYU kan bahasa orang ikut sedap mulut. Hahaha... CEMBURU pulak sama la dengan JELES iaitu yang bermaksud berasa dengki @ tidak berasa puas hati dengan kelebihan yang ada pada orang lain. Cemburu ni terbahagi kepada 2 iaitu secara baik dan secara jahat.
Secara baik ini cemburu yang akan mendorong seseorang individu itu untuk mempertingkatkan daya kreativiti dan keinginannya untuk terus maju berdasarkan cemburunya beliau dengan kejayaan orang lain. Sebagai contoh, die melihat Bill Gates yang berjaya menjadi orang paling kaya di dunia dengan membuat bisnes komputer. Lalu die pon berasa cemburu dan ingin berjaya seperti Bill Gates dan situasi ini telah mendorong beliau untuk memulakan bisnes juga seperti bisnes roti bakar contohnya.
Manakala cemburu secara jahat pula dengan cara ini. Setelah melihat kawannya berjaya dalam bisnes roti bakar tersebut, die pon mula merancang niat jahat untuk menjatuhkan bisnes kawannya itu. Perkara khianat pon muncul dalam diri untuk menjatuhkan bisnes kawannya seperti memulakan permainan-permainan khurafat seperti jumpa bomoh pakai jin. Ini secara halus kalau orang yang pakai bomoh nih. Kalo khianat secara kasar pulak, bukak bisnes yang sama di sebelah kedai, tabur fitnah seperti menabur makanan ayam, mengadu domba sesuka hati dan sebagainya.
Kesimpulannya, JELES + CEMBURU ini ada kebaikan dan keburukannya. Memang sifat manusia ada semua ini. Kalau tak ada tu, tak normallah seseorang itu. Binatang dan orang gila pon ada sifat macam ini. So, terpulanglah masing-masing untuk menentukan dan mengendalikan sifat-sifat ini. Hehehe....
SAKIT HATI
Sakit hati ini diistilahkan kepada 2 perkara. Pertama hati yang dijangkiti kuman @ virus. Kedua, sakit hati memberi makna kepada iri hati dalam diri terhadap kejayaan orang lain. Sakit hati ini juga berlaku atas diri sendiri dalam 2 perkara @ situasi.
Pertama, kenapa die tak pasal-pasal nak sakit hati dengan orang lain sedangkan die boleh mencapai kejayaan tu jugak. Perkara ini sama juga dalam situasi yang aku ceritakan di atas yang mana orang macam ini tidak akan senang dengan melihat kejayaan orang lain. Dia akan mencari jalan untuk menjatuhkan seseorang yang dia dengki itu. Inilah penyakit hati yang paling teruk sekali.
Kedua, dia sakit hati dengan orang yang membuatkan dia sakit hati. Ni kira mangsa keadaan la ni. Dia diganggu dan mengalami sakit hati dengan perangai orang yang buat pasal dengan dia. Sebagai contoh situasi, si X makhluk meminjam duit dari si Y sambil menggunakan ayat-ayat manis. Setelah si X mendapat apa yang dikehendakinya, dia pon buat-buat lupa dengan hutang yang dibuat. Sampai masa si Y datang menuntut hutangnya, si X lari dengan memberikan macam-macam alasan. Lalu si Y pun sakit hati. Haaa....g2 la datangnya sakit hati. Si Y jadi mangsa..... Kesian..................
KEDEKUT
Kedekut ni lain pulak gayanya. Lahanat ag perangainya. Hahaha.... Ramai je orang kedekut kat dunia nih. Kedekut ni bagi aku macam ni. Dia ada barang tapi masih lagi mintak barang yang dia ada dari orang lain. Sebagai contoh, si X ada rokok tapi die masih mengePAW rokok dari kawannya.
Situasi lain pulak, macam ni. Elaun sama banyak tetapi dia masih lagi menumpang makan dibilik orang lain dengan sesuka hati dia je. WTF...!!! Kalau sikit boleh konsider lagi tapi ni makan mengalahkan tuan punye tanah. Apa hal beb..!!! Orang macam ni selalunya bila kita mintak tolong. Sangat susah die nak bagi pertolongan terutamanya dari segi bab duit. Dia akan tolong sekiranya perkara itu melibatkan kepentingan dirinya sahaja. Selalunya dia akan meminta pembalasan di atas perkara yang ditolongnya dahulu. Kalau tak dapat apa yang dia nak, dia akan ungkit kembali perkara yang dia lakukan pada suatu ketika dahulu.
Tapi aku yakin sangat-sangat orang Malaysia ni tak kedekut dan mereka sangat pemurah. Kalau korang tak percaya, korang menyamarlah jadi peminta sedekah kat KL tu, terutamanya kat tempat tumpuan kat Bukit Bintang contohnya. Sehari korang tadah tangan je kan, RM100.00 pasti dalam tangan. Aku tak pernah buat tapi ni berdasarkan kajian dari wartawan la...Ngeh3.......
EGOIS
Ego ini juga terbahagi kepada 2. Satu skuter Ego keluaran Yamaha dan satu lagi berkaitan dengan sifat manusia. Apa yang aku nak tekankan disini bukanlah skuter Ego tu sebab skuter tu tak bersalah dalam hal ni. Tetapi ego yang nak diceritakan disini ialah yang berkaitan dengan sifat manusia.
Ego dalam erti kata lain ialah sombong dan tinggi diri. Berasa tidak mahu kalah dalam sesuatu situasi. Berasa diri itu sentiasa berada di pihak yang benar sahaja @ syumul. Rasa diri itu tidak bersalah dan yang penting sekali rasa macam Malaikat. Teruk betul perangai. Hahaha.... Orang semua tidak boleh tegur dia. Kalau tegur gak, akan mengguris perasaan, mula marah dan mula la tak bertegur sapa selepas tu. Payah gak kan orang ego ni.
Ego ini lahir dalam diri sendiri. Kadang-kadang ego ini perlu dalam beberapa situasi seperti antara guru dan murid @ majikan dengan pekerja yang mana guru @ majikan tidak boleh menunjukkan kelemahan yang terlampau ketara kepada murid @ orang bawahan. Ini penting dalam sesebuah organisasi yang mana sekiranya ego itu tiada dan sentiasa di'kondem' oleh murid @ orang bawahan, ia akan menyebabkan keruntuhan @ kemunduran organisasi tersebut. Seboleh-bolehnya wujudkan perbincangan dalam sebarang situasi.
Ego yang tak baik pula ialah ego untuk memiliki sesuatu perkara. Aku bagi contoh yang senang la sebagai seorang remaja la kan. Hahaha... Jika kita inginkan sesuatu kita tidak perlu ego untuk menyatakannya. Sebagai contoh, kita nak kat orang itu tetapi kita rasa ego untuk menegur dan menyatakan keinginan hati kita. Sampai bila-bila pon dia tidak akan tahu sehinggalah dia lepas pada orang lain. Masa tu barulah reti menyesalkan...:p
Apa yang aku tuliskan adalah berdasarkan pendapat dan pengalaman aku sendiri. So, korang boleh fikir-fikirkan dan boleh kritik dan memberi pendapat untuk kita semua kongsi bersama-sama....:)
0 wasiat:
Post a Comment