Tuesday, January 18, 2011 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Wwwooiii Babi....!!!!

"Ko prangai macam babi la".


"Eee...macam kandang babi la tempat ko ni"


"Jangan mencarut cakap babi boleh tak...!!"


"Mak, mak....tadi abang cakap babi kat adik" si abang terus kene pelempang.....PPAAANGG...~!!! (nampak bintang kejora terus)


"Mana babi tu pegi..??" (da gak orang nak cari babi)


Macam-macam lagi la yang berkaitan dengan babi. Asal menda buruk je dikaitkan dengan babi. Aku bukan nak bekap babi la tapi aku tak paham...!!!! hahaha.... Kenapa babi tu dipersalahkan...????



Menatang haram ni lek je korang kutuk-kutuk die....Hahaha...

Yang aku tak paham betoi skang ni. Kenapa orang Melayu sangat sensitif bila sebut perkataan BABI sedangkan itu perkataan tulen Melayu selain padi, amuk dan 1 ag aku dah lupa... Huhuhu.... Dimana dikatakan cintailah bahasa kita...?? Lebih sopan disebut sebagai KHINZIR @ PIG.... Pig 2 pon sensitip gak la skit-skit.... Hohoho... 

Nak menghalalkan cara untuk menyebut perkataan babi ini ialah :-

1) membabi buta = kenapa tak tukar mengkhinzir buta...??

2) siput babi = siput khinzir

3) gila babi = gila khinzir

4) sawan babi = sawan khinzir

Tu je la aku bagi ayat yang femes ek.. kenapa semua tu tak tukar jadi khinzir je... Hohoho... 

Adakah menyebut babi itu mendapat dosa dan mencarut...??? 

Adakah menyebut perkataan babi itu juga kene samak...??? 

Ok, kita kembali ke tajuk asal pulak. Babi dan anjing ni sama je seangkatan. Dua-dua sama je haram nye baik dari segi makan, sentuhan, jejak basah dan juga taik nya. Najis berat nih... Cuma bezanya babi ni dihina dan anjing disanjung. 

Kenapa aku cakap macam tu..??

1) Babi ni sampai orang nak sebut pon dah dikatakan mencarut sedangkan sebut anjing lek je. Siap da jenama-jenama lagi anjing tu...

2) Babi dibela oleh orang bukan Islam tapi anjing ada dibela oleh orang Islam..

3) Babi tak dibawak memburu dan menjaga rumah tapi anjing boleh buat menda-menda tu... (kenapa tak ganti angsa je...?? menatang tu bleh jaga rumah gak pe)

4) Sapa bela babi dicaci tapi bela anjing lek je orang tu....

5) Babi tak boleh bawak jalan-jalan sesuka ati tapi anjing boleh...

Tapi persamaan menatang haram ni ialah dua-dua HARAM DI SISI AGAMA ISLAM...!!! (kalo pegang dalam keadaan yang kering tak perlu disamak. Kalo was-was @ ragu-ragu, wajib samak)

Yang aku hairan sangat skang ni... Kenapa bila orang pegang babi ni dicaci dah diherdik sedangkan orang berjudi dan minum arak tu tak pulak dicaci... Malah makhluk-makhluk ni seolah-olah dipuji dengan perbuatannya itu.... Kenapa ye...??  


Maybe awek cun ni siap posing dengan babi tercinta kot... Sebab tu orang marah... Hohoho... 

Pegang babi ni boleh samak tapi minum arak dan hasil judi jadi darah daging.... Camne kita nak samak daging  dan darah kita tu ye...??? Guna dialisis ker...???


Tengok ni.... Kira babi ni macam 1001 guna la kan... Menyaingi fungsi pokok kelapa tu... Hahaha...

Ok...cara menyamak najis mughallazah @ najis babi dan anjing dan juga seangkatan dengannya...

  1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
  2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
  3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.
Merujuk kepada Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2004-2007 Hukum Melakukan Samak terhadap Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat adalah dibolehkan (Muzakarah ke 76 pada 21-23 November 2006) ianya seperti yang tercatat dalam teks keputusan berikut:
"Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak." (Wikipidea).

Akhir kata....segala apa yang aku terbitkan ni sekadar ilmu untuk kita kongsi bersama... Aku terima segala kritikan da apa yang anda semua nak komen dengan ati terbuka.... Mintak maap kalo ada salah silap atau pon terguris perasaan ke kan.... Besa la manusia biasa memang ada buat silap.... Aku pon bukan syumul....:-)

10 wasiat:

ijatnuar87 said...

hehehhe...entri yang berguna ni ayie...memang babi btol babi2 tu,hahaha...

bukan photographer said...

kalau sebut babi laut mesti orang jarang dengar

gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi said...

ijat : haha...mmg la...babi mmg btol2 babi pon...cuma aku heran nape dikatakan mencarut bila sebut babi...???

gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi said...

bukan photographer : haha..aku pon x pnh dgr babi laut....:p

mE iS aS said...

dasyat tol babi itu posing...mngalahkan model je..haha

gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi said...

2 model dr majalah playbabi....kah3...mmg la pndai posing...:p

princess laila said...
This comment has been removed by the author.
gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi said...

kepada sesiapa yang nak komen....komen je...jgn malu2 dan jd pengecut...sy terbuka menerima segala pendapat dan kritikan anda....bg anon, sebaiknya letak nama spya sng sy nak tujukan pd anda....yg tak letak nama sy anggap die seorang yg bacul....!!!

PangkahBulat said...

nice post..=)


Saya sudah follow blog awak..
Awak bila nak follow blog saya..
http://pangkahbulat.blogspot.com/

gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi said...

thanks...:)

dh follow dh pangkahbulat...:)

Chelsea Forever...!!!

Chelsea Forever...!!!