Ketika ini dan pada masa entry ini diterbitkan. Kebanyakkan post dalam Facebook dan Blog banyak membicarakan tentang kemenangan Malaysia ke atas Indonesia 3-0. Pelbagai ucapan diterbitkan antaranya :-
* Tahniah Malaysia
* Gud Job
* Terbaek...!!
* Saya sayang Malaysia
(banyak lagi la...hahaha...)
Cuba kalo Malaysia kalah macam hari tu. Sumpah seranah semua keluar. Ada yang sebut "barang" sendiri lagi..... Ooppsss..... Ada jugak yang siap tak mau tengok lagi pon ada jugak. Apa punye perangai da.... Hahaha....
Ini adalah pendapat aku sendiri. Bukan untuk mencipta kontroversi @ berlagak sebagai selebriti. Bagi aku sebagai penyokong seharusnya bersikap profesional. Kalah menang itu adat main. Sokong tetap sokong. Sebab kalau kita sokong tanpa berbelah bahagi itu merupakan satu motivasi dan menunjukkan kita ini tidak bersikap "LALANG". Bukan hanya tahu memuji bila menang dan tahu mengkritik bila kalah.
Apa pun buat pemain Malaysia. Perjuangan anda belum selesai. Anda semua masih ada 180 minit lagi waktu permainan. Apa pun boleh terjadi. Main pon kat Indonesia. Buat penyokong tempatan juga. Teruskan sokongan anda. Walaupun apa yang terjadi. Sokong tetap sokong.....!!!! Tunjukkan sikap profesional sebagai peminat sukan dan buang sikap buruk dalam diri sendiri.......Maaf kalau ada yang terasa....:)
Mana-mana yang tak tengok perlawanan tadi. Boleh la tengok kat sini ye....:)
0 wasiat:
Post a Comment