Friday, December 31, 2010 | By: gEnEraL aRe-yiE aL-BaNjaRi

Jom Berkenalan....!!!!!



Pada kali ni, aku telah berhutang dengan Cikgu Jaa dah lama dah. Tapi akibat kekangan masa sebagai manusia yang terleka dengan duniawi aku terlepas pandang la pulak tag ni. Lalu tag ini didoublekan oleh PokJat untuk aku tunaikan dengan segera. Hohoho.... Tengoklah langkah-langkah kejayaan tersebut.

Cara nak join segmen ni cukup mudah..Jom tengok syarat2nya~


1) Buat Entry  bertajuk"SEGMEN  JOM BERKENALAN" ~ lulus 
2) Paste banner segmen jom berkenalan dalam entry anda(kalau nak letak kat sidebar pon takpe)..linkkan ke entry ni ~ lulus 
3) Jawab 7 soalan berikut: 



- Apakah status anda (Single,berpunya,berkahwin,bercerai)..ceritakan sedikit

Tak kahwin lagi....!!!!


- Ceritakan tentang diri anda  (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..)

Aku dilahirkan di sebuah kampung dengan berbidankan bidan tradisional di Bagan Pasir, Rungkup. Selamat dari hantu penanggal ek. Sekarang ni aku masih dok kat kampung lagi di sebuah tempat di pedalaman yang lengkap dengan segala kemudahan di Chenderong Balai. Sekarang ni baru je bersara dari IPG Kampus Sultan Mizan yang juga terletak di pedalaman. Masih belum berkahwin dan bernikah. (teruna weii). Lepas ni InsyaAllah jadi cikgu la sebab belajar pon kat maketab kan. Tak kan jadi kontraktor kot.


- Ceritakan tentang Blog anda (promosi la sikit)..

Blog yang dicipta oleh aku ni merupakan blog aku la. Bukan blog orang lain. Semua dalam ni hasil kerja aku yang tulen dan asli. Ada la beberapa tu aku copy gak dari orang mana-mana yang berkaitan dengan ilmu sebagai perkongsian kita bersama. Ccceewwwaahhh.... Apa yang terkandung dalam blog aku ni juga merupakan aktiviti aku, pendapat aku dan macam-macam lagi la. Semuanye tentang aku dan repekan aku sahaja. Maka dengan sesungguhnya, bacalah apa yang aku merepek kat dalam blog ini.
-Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Setelah lama memandang perkataan blog tu. Ternyata ia bukan blok bangunan, bukan roadblock dan juga bukan cool blog. Blog terdiri daripada perkataan B.L.O.G. iaitu Bagi La Orang Glamer (ciptaan aku sendiri), gurau je la. Dunia blog ni merupakan medium untuk orang meluahkan pendapat, idea dan juga gaya penulisan kreatif seseorang itu. So, ikut dia lah nak taip apa pon kat sini selagi tidak mengingkari batas-batas norma masyarakat sekeliling.


- Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..

Blog ini bagus untuk kesihatan mental anda dari anda pendam dan tak tau tempat mana anda nak merepek. Medan ini juga anda boleh kongsi-kongsi cerita, pendapat dan idea bernas. Nak buat duit pon boleh gak...:D 
- Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
Pertama sekali nama blog aku ~Suakah Ikam Batakun~. Majoriti tak tau pe maksudnye kan. Ini adalah dari bahasa Banjar. Ngeh3... Lagi satu aku ni gila Chelsea...!!! Hahaha... Lantak la Chelsea menang ke kalah ke, dok dalam liga no. brapa pon. Aku tetap sokong Chelsea gak... 


- Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?

Selagi hayat dikandung badan, selagi internet dibayar tiap-tiap bulan, selagi masih ada jari, selagi mata tidak buta, selagi tidak gila, selagi line internet ada, selagi ada idea, selagi ada isu, selagi dan lagi-lagi. Impian aku dalam dunia blog ini ialah impian yang sangat besar. Begitulah impian aku dalam dunia blog ini. Sekian.....:)


4)Tagged 4 orang rakan blogger anda(jangan lupa ingatkan dorang!)..

1) Reen Azreen
2) Duan Lang
3) Nur Sania
4) Amoy

Chelsea Forever...!!!

Chelsea Forever...!!!